SHAH ALAM: Kerajaan Selangor membayangkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di negeri itu bukan dua minggu tetapi boleh berlarutan sampai sebulan. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, keputusan pelaksanaan PKPD termasuk di Kuala Lumpur dicapai menerusi mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) di peringkat pusat bersama Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri. Menurut beliau, langkah drastik itu sudah pasti memberi kesan kepada rakyat secara keseluruhan dan kerajaan negeri akan menilai…










