PKPD di empat kampung di Ulu Selama - Utusan Malaysia

PKPD di empat kampung di Ulu Selama

ANGGOTA polis memeriksa kereta yang melalui SJR di Jalan Sungai Bayor berikutan pelaksanaan PKPD di Ulu Selama mulai tengah malam ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LARUT: Sebanyak 5,152 penduduk di empat buah kampung di Ulu Selama dekat sini, terlibat dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula tengah malam ini hingga 9 Ogos.

Ia melibatkan Kampung Teluk Mas, Kampung Sungai Siputeh, Kampung Garok dan Kampung Tapah.

Ketua Polis Daerah Selama, Deputi Superintenden Sabri Saad berkata, daripada jumlah itu 1,380 melibatkan penduduk di Teluk Mas, 1,182 penduduk Kampung Sungai Putih, 1,115 penduduk Kampung Garok dan 1,475 lagi penduduk di Kampung Tapah.

Menurutnya, PKPD di empat kampung itu melibatkan 1,032 rumah keseluruhan iaitu  275 rumah di Kampung Teluk Mas,  Kampung Sungai Siputeh melibatkan 237 rumah, Kampung Garok 225 rumah dan 295 rumah di Kampung Tapah.

“Polis Daerah Selama membuat Sekatan Jalan Raya (SJR) di Jalan Sungai Bayor berikutan Mukim Ulu Selama dikenakan PKPD mulai tengah malam ini.

“SJR di lokasi itu bagi mengawal pergerakan penduduk di empat buah kampung terlibat. Kedudukan SJR di Jalan Sungai Bayor merupakan jalan utama di empat lokaliti itu.

“Polis juga telah mengenal pasti lima hingga enam lorong tikus di antara empat lokaliti tersebut dan polis akan menutup semua lorong tikus bagi mengelak sebarang pergerakan di laluan tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Selama hari ini. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya