RAUB: Permintaan pekebun haram Musang King di Hutan Simpanan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub untuk memasuki kawasan operasi penguatkuasaan untuk mengambil barangan milik mereka tidak dibenarkan oleh Jabatan Perhutanan Pahan (JPNP).
JPNP menerusi kenyataan berkata, larangan itu bagi mengelak gangguan kepada siasatan yang sedang berjalan untuk tujuan pendakwaan.
“Setelah mendapat nasihat serta pandangan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang dan juga Timbalan Pendakwa Raya, JPNP tidak membenarkan pekebun untuk memasuki Hutan Simpan Batu Talam mengambil barang milik mereka, kerana tindakan ini boleh mengganggu siasatan,” kata kenyataan tersebut.
Terdahulu, Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail, meminta Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon berurusan dengan JPNP untuk membantu pekebun haram itu masuk ke hutan tersebut bagi mengambil barang milik mereka.
JPNP dilaporkan telah memusnahkan kira-kira 15,000 pokok durian Musang King di Hutan Simpan Batu Talam membabitkan tanah seluas lebih 101 hektar.
Pemusnahan pokok raja buah tersebut di luar jangkaan apabila berjaya diselesaikan misi itu menerusi Op Pamah yang bermula pada 3 Julai lalu tidak sampai sebulan. – UTUSAN
Beliau berkata, lebih 100 kakitangan yang bertugas di hampir semua Pejabat Hu










