Larangan NGO urus jenazah kerana tak patuh syariah - Utusan Malaysia

Larangan NGO urus jenazah kerana tak patuh syariah

KELIHATAN seorang waris jenazah sedang menunaikan solat fardhu di perkarangan tempat letak kereta jabatan forensik sewaktu menunggu proses tuntutan jenazah di Hospital Shah Alam, Selangor pada hari ini. Urusan tuntut jenazah di hospital pada ketika ini mengalami kesukaran berikutan setiap kes kematian perlu menjalani ujian PCR yang dikeluarkan dari Hospital Sungai Buloh bagi penentuan proses pengurusan pengebumian. - UTUSAN / ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tidak patuh syariah semasa menguruskan jenazah Covid-19 merupakan punca Hospital Shah Alam (HSA) melarang penglibatan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam pengurusan jenazah Covid-19 di hospital itu.

Pengarahnya, Dr. Ruzita Othman berkata, NGO itu didapati tidak mengikut cara tayamum yang telah dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) semasa pandemik Covid-19 ketika ini.

“Itu sahaja sebab mereka diberhentikan dan tiada sebab lain,” katanya ketika ditemui semasa menyaksikan sumbangan sebuah kontena daripada syarikat Maritime Network Sdn. Bhd. (Maritime Network) kepada HSA, hari ini.

Baru-baru ini, tular gambar memo pemberhentian khidmat NGO tersebut, yang berkuatkuasa 21 Julai lalu di media sosial.

Salah seorang Pengerusi NGO tersebut, Unit Kenderaan Van Jenazah yang dikenali sebagai Wan Cai yang dihubungi Kosmo! berkata, pihak hospital tidak pernah menerangkan mengenai garis panduan pengurusan jenazah yang dikeluarkan JAIS kepada pihaknya.

Dia turut mendakwa HSA mempunyai agenda tertentu di sebalik tindakan yang dilakukannya.

Sementara itu, Ruzita berkata, HSA masih lagi mampu menampung jumlah pesakit Covid-19 yang ditahan di wad hospital.

Menurutnya, stafnya menggunakan semua kelengkapan dan peralatan yang sedia ada bagi merawat semua pesakit. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN