Alizakri dilantik Pengerusi MAVCAP  - Utusan Malaysia

Alizakri dilantik Pengerusi MAVCAP 

TUNKU ALIZAKRI ALIAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tunku Alizakri Alias telah dilantik sebagai Pengerusi Malaysia Venture Capital Management Berhad (MAVCAP) berkuat kuasa hari ini.

MAVCAP dalam satu kenyataan berkata, ahli lembaga pengarah dan pengurusan MAVCAP gembira dengan pelantikan tersebut.

Ujarnya, Alizakri mempunyai pengalaman korporat serta kepakaran yang luas selain rekod kejayaan yang terbukti, justeru MAVCAP yakin akan terus maju di bawah kepimpinan beliau.

Sementara itu, Alizakri berkata, pelantikan itu adalah satu penghargaan kerana MAVCAP merupakan syarikat modal teroka (VC) terkemuka negara.

“Saya gembira dapat bekerjasama dengan lembaga pengarah dan pengurusan untuk terus memacu pengembangan sektor VC negara,” katanya.

Alizakri mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam pelbagai bidang seperti pengurusan dana, sektor kewangan, perbankan, keselamatan sosial, penjagaan kesihatan, media dan telekomunikasi, pembangunan hartanah, perladangan serta minyak dan gas.

Beliau menyertai KWSP pada 2014 sebagai Timbalan Ketua Pegawai Operasi (Strategi) dan kemudian berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Operasi dari 2018 hingga Februari tahun ini.

Semasa berkhidmat, beliau melancarkan dana ekuiti swasta berasaskan syariah pertama dan terbesar di dunia.

Di bawah kepimpinannya, KWSP telah menjadi dana pencen Asia pertama yang menetapkan sasaran Alam Sekitar, Sosial dan Takdbir Urus (ESG) agar portfolionya dapat dicapai menjelang 2030.

Di samping itu, Alizakri juga mempelopori pengembangan dan pembentukan Majlis Perlindungan Sosial Malaysia, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN