Vaksin di Melaka diberi kepada VIP, kawan-kawan - Adly Zahari - Utusan Malaysia

Vaksin di Melaka diberi kepada VIP, kawan-kawan – Adly Zahari

ADLY ZAHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan negeri Melaka digesa menyiasat kaedah pemberian vaksin Covid-19 yang dilaksanakan oleh syarikat milik kerajaan (GLC) negeri.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari mendakwa, terdapat laporan yang mendakwa vaksin diberikan kepada individu tidak sepatutnya seperti orang kenamaan (VIP) dan ‘kawan-kawan’.

“Saya harap kerajaan negeri Melaka siasat kaedah pemberian vaksin dilaksanakan oleh GLC negeri. Ada laporan menyatakan ia diberikan kepada VIP dan ‘kawan-kawan’.

“Harus diingat bahawa vaksin sahaja tidak boleh melawan Covid-19 tetapi proses vaksinasi itu yang penting supaya ia adil dan saksama kepada semua. 

“Keutamaan harus diberikan kepada mereka yang terdedah kepada Covid 19,” kata beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil di laman sosial Facebooknya hari ini.

Sebelum ini, Adly yang juga bekas Ketua Menteri turut membangkitkan berkenaan peratusan vaksinasi yang mana hanya sekitar 4.72 peratus rakyat di negeri ini divaksin dan angka itu berkemungkinan jauh lebih rendah jika mengambil kira jumlah sebenar penduduk pada masa kini.

Beliau turut mempersoalkan berkenaan jumlah pusat pemberian vaksin (PPV) yang beroperasi adalah kurang daripada sepatutnya.

Perkara itu mendapat respons balas Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Datuk Rahmad Mariman yang menjelaskan, jumlah penerimaan dos vaksin yang rendah daripada Kementerian Kesihatan menyebabkan proses vaksinasi di negeri ini perlahan. 

Kata Rahmad, Melaka hanya menerima 84,380 dos yang mana sebanyak 46,042 dos digunakan untuk petugas barisan hadapan pada fasa satu.- UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya