PETALING JAYA: Tun Dr. Mahathir Mohamad mencadangkan penubuhan Majlis Gerakan Negara (Mageran) kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menangani masalah dalam negara. Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu berkata, ia berdasarkan kejayaan Mageran pada 15 Mei 1969 oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak dengan mengundang parti-parti lawan menyertai kerajaan serta memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Justeru, bekas Perdana Menteri itu yakin penubuhan Mageran mampu menangani masalah kesihatan, ekonomi, politik dan sosial yang dihadapi negara ketika ini. “Mageran berjaya tangani masalah politik pada 1969…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya