KUALA LUMPUR: Siapakah sebenar bertanggungjawab melantik dan menyerap pegawai perubatan kontrak ke dalam perkhidmatan tetap? Bagaimana pula prosedur atau syarat kelayakan bagi memastikan nasib golongan profesional itu meneruskan khidmat sebagai doktor jika belum mendapat manfaat sama seperti pegawai lantikan tetap kerajaan? Persoalan itu timbul ekoran pihak berkaitan termasuk Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kesihatan belum mencapai kata putus mengenai masa depan profesion tersebut. Situasi terumbang-ambing…










