Risalah Anwar-Ahmad Zahid untuk laga pucuk pimpinan - Utusan Malaysia

Risalah Anwar-Ahmad Zahid untuk laga pucuk pimpinan

RISALAH tuduhan komplot Anwar Ibrahim dan Ahmad Zahid Hamidi mahu menjatuhkan kerajaan yang dihantar secara pos kepada ahli UMNO Bahagian Larut. – UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LARUT: Risalah 14 muka surat bertajuk ‘Kronologi komplot Anwar Ibrahim-Zahid Hamidi untuk menjatuhkan kerajaan’ dikesan diedar kepada ahli UMNO melalui pos.

Isi kandungan risalah berkenaan mendakwa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkomplot untuk menjatuhkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Dalam risalah itu, antara lain mendakwa Ahmad Zahid menyatakan sokongan penuh terhadap Anwar sebagai Perdana Menteri.

Bekas Setiausaha UMNO Bahagian Larut, Muhammad Nor Mat Daud berkata, beliau menerima risalah itu melalui pos pada petang Selasa lalu yang dialamatkan di rumah lamanya di Sepeneh dekat sini.

Katanya, isi kandungan risalah itu mempunyai agenda untuk memecahbelahkan ahli UMNO peringkat akar umbi.

“Risalah ini diposkan kepada ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Larut dan UMNO Bahagian Bukit Gantang. Isi kandungannya jelas mahu melaga-lagakan ahli UMNO akar umbi dengan pucuk pimpinan parti.

“Kandungannya menghasut dan bertujuan melemahkan sokongan akar umbi UMNO Parlimen Larut, Bukit Gantang dan Parit Buntar yang merupakan kerusi panas dalam pilihan raya akan datang dan antara kubu kuat parti,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Katanya, setakat ini, risalah itu dipercayai diedarkan kepada bekas ahli jawatankuasa UMNO sesi 2016 dan ke bawah

“Saya percaya aturan taktik ini dibuat untuk memecah­belahkan kekuatan UMNO di sini supaya berpuak-puak sehingga melemahkan UMNO Bahagian Larut,” katanya.

Namun, jelas Muhammad Nor, akar umbi UMNO di Larut tetap kukuh dan tidak goyah di atas penyebaran risalah berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN