Premis kedai makin tak laku - Utusan Malaysia

Premis kedai makin tak laku

SOAM HENG CHOON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penjualan dan tawaran penyewaan premis kedai terjejas teruk ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh sejak 1 Jun lalu, malah ada yang terpaksa mengurangkan bayaran sewa.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Datuk Soam Heng Choon mengakui, sebahagian besar pemilik premis rugi besar dan terpaksa mengurangkan bayaran sewa bagi mengelakkan penyewa berhenti menyewa.

Walaupun enggan mendedahkan angka secara menyeluruh, beliau mengakui hampir keseluruhan pemilik kedai sangat terkesan dengan lockdown ketika ini.

“Pemilik kedai cukup menderita, mereka perlu bayar kepada bank, tidak ada moratorium. Kalau ada penyewa seperti farmasi tidak ada masalah, sama juga dengan kedai makanan tetapi mereka pun terkesan kerana pelanggan tidak boleh makan di kedai. Pejabat pun tidak ramai orang.

“Jadi keadaan sekarang ini amat sukar. Kami tidak kisah ada PKP penuh untuk atasi wabak Covid-19 daripada terus menular, tetapi sampai bila? Kami tidak boleh berterusan berada dalam keadaan begini,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata kesan lockdown lebih besar kepada premis kedai yang baru sahaja dibina.

“Mereka sangat terkesan, siapa yang sanggup untuk memperluas perniagaan mereka dengan premis baharu? Boleh dikatakan jumlah jualan dan sewaan premis kedai baharu teramatlah rendah ketika ini.

“Kami hanya menaruh harapan kepada kerajaan untuk mencari jalan terbaik supaya ekonomi dapat pulih secepat mungkin, janganlah biarkan keadaan sekarang ini berterusan dengan lebih lama,” katanya.

Beliau berkata , jumlah premIs yang ada di seluruh negara ketika ini adalah 361, 454.  – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya