Nikmati deklamasi puisi 20 negara - Utusan Malaysia

Nikmati deklamasi puisi 20 negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Para pemuisi dari 20 negara akan mendeklamasikan puisi mereka sempena Pengucapan Puisi Antarabangsa – Kedamaian Dunia secara dalam talian selama dua hari bermula esok.

Presiden Persatuan Pemuisi Nasional Malaysia (PEMUISI) Datuk Dr. Radzuan Ibrahim berkata, acara tersebut diadakan sempena perisytiharan  Hari Puisi Malaysia (HPM) oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Sri Nancy Shukri pada 13 Jun lepas.

Radzuan berkata, antara negara yang akan menyertai acara itu ialah Australia, Belanda, Rusia, Sepanyol,   China, Filipina, India, Korea Selatan, Palestin, Thailand,  Brunei dan Singapura.

DR. RADZUAN IBRAHIM

Katanya  penyertaan pemuisi terkemuka dari negara-negara berkenaan menunjukkan komitmen dan sokongan mereka terhadap HPM yang bertujuan meningkatkan martabat pemuisi Malaysia pada peringkat antarabangsa.

“Pemuisi Malaysia kini boleh berbangga kerana mempunyai satu hari khusus selain Hari Puisi Sedunia pada 21 Mac untuk diraikan seperti kebanyakan negara lain termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Korea Selatan,  Indonesia dan kini Malaysia,” katanya.

Acara tersebut merupakan anjuran bersama PEMUISI dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Berkongsi lebih lanjut beliau berkata, antara yang akan mendeklamasikan puisi termasuklah  Sasterawan Negara Datuk Dr. Zurinah Hassan dan Naib Canselor Universiti Malaya ke-8, Prof. Datuk Dr. Hashim Yaacob.

Pemuisi dunia yang turut mendeklamasikan puisi masing -masing adalah Helvy Tiana Rosa (Indonesia),  Ivhet Cortez (Mexico),  Datuk Beelie  Tengah (Brunei),  Amb Maid Corbic (Bosnia), Zhang Ziyu (China),  Dr Emdad Hossain (India),  Jami La (Maghribi) dan  Marlene Pasini (Sepanyol).

Pemuisi lain termasuklah antaranya Dr. Victor Pogadaev (Rusia),  Sita Aulliya (Belanda),  Sam Sumadi & Ratnasam Sib (Singapura),  Dr. Suraiya Chapakiya (Thailand),  Myoung Sook Kang (Korea Selatan), Amin Mujtaba (Afghanistan) dan  Muhammad Auwal Said (Nigeria).

Acara dibahagikan kepada dua iaitu pertama pada malam esok bermula pukul  9 malam melibatkan majlis perasmian serta persembahan pemuisi dalam bahasa Melayu selain dalam bahasa negara peserta masing-masing

Oleh kerana sambutan menggalakkan, persembahan malam kedua diadakan pada hari berikutnya pada waktu yang sama yang melibatkan  deklamasi pusi  dalam bahasa Melayu dan ada juga dalam bahasa negara peserta.

Selain deklamasi puisi, persembahan menarik berupa bacaan syair, lagu-lagu puisi dan ucapan-ucapan Selamat Hari Puisi Malaysia.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya