Moratorium: Tiada faedah berganda, penalti lewat bayar - Utusan Malaysia

Moratorium: Tiada faedah berganda, penalti lewat bayar

TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tiada faedah berganda dan caj penalti lewat dikenakan oleh bank-bank kepada peminjam yang mengambil moratorium enam di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika mengesahkan perkara itu berkata, hal itu te­lah dibangkitkan oleh kerajaan dan dipersetujui oleh bank-bank.

Katanya, jika pihak bank bertindak mengenakan faedah berganda dan caj penalti lewat ke atas moratorium itu orang ramai boleh mengemukakan aduan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Buat aduan serta laporan sekiranya pihak bank bertindak menaikkan faedah terkompuan serta caj penalti,” katanya pada sidang media di sini semalam seperti yang dipetik dari Bernama.

Penjelasan Tengku Zafrul itu menunjukkan bahawa moratorium yang diumumkan oleh Perdana Menteri berbeza dengan yang dilaksanakan tahun lalu.

Pada moratorium yang dilaksanakan ketika Perintah Kawalan Pergerakan pertama (PKP 1.0), peminjam terpaksa membayar kadar faedah berganda di samping penalti caj lewat bayar.

Bagaimanapun kata Tengku Zafrul, semua pemohon moratorium enam bulan itu perlu berbincang dengan bank ma­sing-masing dalam mendapatkan gambaran yang lebih jelas terutama mengenai penge­cualian faedah itu berdasarkan skim yang diambil.

Katanya, pelaksanaan Pemulih yang diumumkan Perdana Menteri bertujuan me­ringankan beban penanggung dalam menyusun kehidupan mereka.

Katanya, moratorium adalah penangguhan bayaran balik, setiap bank mempunyai skim yang berbeza dan berbincanglah dengan bank masing-masing.

“Berbincanglah kerana ini antara peminjam dan bank. Jika ditanya kepada saya, saya tidak tahu kerana bank mempunyai skim mereka tersendiri.

“Bagaimanapun, semua bank digesa tidak mengambil kesempatan atas situasi yang dihadapi peminjam kerana moratorium yang diumum kerajaan adalah untuk meringankan beban peminjam yang terkesan,” katanya dalam sidang akhbar mengenai Pemulih semalam.

Kelmarin, Muh­yiddin me­ngumumkan mo­ratorium enam bulan akan diberikan kepada semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40 atau T20, dan usahawan mikro

Sementara itu Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia dan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) akan menawarkan moratorium enam bulan mulai 7 Julai ini.

Dalam satu kenyataan bersama, mereka berkata ia sei­ring dengan pakej Pemulih yang diumumkan Perdana Menteri.

AIBIM berkata, moratorium automatik itu adalah untuk pembiayaan/pinjaman yang diluluskan sebelum 1 Julai 2021 dan tidak tertunggak lebih dari 90 hari para tarikh permohonan moratorium di­serahkan kepada bank.

Kedua-dua persatuan itu memberitahu, mereka yang mahu memohon moratorium perlu menghubungi bank ma­sing-masing mulai 7 Julai ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini