Malaysia perlu berunding beli lebihan vaksin AS - Najib

Malaysia perlu berunding beli lebihan vaksin AS

NAJIB RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa kerajaan untuk berunding dengan Amerika Syarikat (AS) bagi membeli lebihan vaksin Covid-19 negara ‘Uncle Sam’ berkenaan.

Jelas Ahli Parlimen Pekan itu, selain negara itu, United Kingdom (UK) juga antara negara yang dijangka selesai dengan program vaksinasi mereka dan tidak tolak kemungkinan terdapat stok berlebihan yang tidak digunakan mereka.

“Sekiranya hubungan Malaysia dengan AS masih baik, kerajaan patut berunding dengan mereka untuk membeli vaksin daripada stok kerajaan mereka agar kadar vaksinasi negara ini boleh dipercepatkan dan kita mencapai imuniti kelompok untuk bebas Covid-19 secepat mungkin.

“Semalam pula, negara Thailand umum AS sudah bersetuju untuk membantu mereka dapat vaksin walaupun keadaan Covid-19 Thailand tidak separah kita.

“Kita bukan mahu mereka bersedekah pada kita tapi kita mahu beli dari mereka pada harga pasaran agar stok segera sampai ke tangan penerima. Tak salah untuk cuba, belum cuba, belum tahu. Jangan hanya beli iPhone dari AS. Kita beli vaksin pula kali ini,” kata Najib dalam hantaran Facebook beliau hari ini.

Jelas Najib lagi, beliau melihat program vaksinasi AS hampir selesai dan mereka sudah selesa bahawa bekalan vaksin sedia ada sudah cukup untuk warga mereka.

“Masa itu kadar vaksinasi mereka jatuh daripada hampir empat juta dos sehari ke sekitar 2.7 juta dos sehari dan kadar vaksinasi AS jatuh lagi ke sekitar satu juta dos sehari semalam. Walaupun mereka yang mahu menerima vaksin di AS tidak perlu lagi buat temujanji iaitu tanda jelas bahawa jumlah bekalan stok vaksin berlebihan mereka semakin melimpah.

“Isnin lalu, Presiden AS, Joe Biden umum bahawa mereka akan edar stok berlebihan sebanyak 80 juta dos iaitu 20 juta dos Pfizer, Moderna, Johnson & Johnson dan 60 juta dos Astrazeneca mengikut kriteria yang akan ditetapkan.

“Sebab itu, saya percaya Malaysia layak untuk diberi prioriti apabila kriteria AS untuk pemberian vaksin diumumkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya