Lepas Jais, polis pula cari Nur Sajat - Utusan Malaysia

Lepas Jais, polis pula cari Nur Sajat

MUHAMMAD SAJJAD KAMARUZZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan usahawan kosmetik  Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau popular dengan panggilan Nur Sajat bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan menukar maklumat kad pengenalan.

Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang dalam satu kenyataan berkata, Nur Sajat adalah saksi yang perlu hadir bagi prosiding perbicaraan kes berkenaan di Mahkamah Ampang Jaya pada 14 Julai ini.

Alamat terakhir Nur Sajat dikesan di No 2, Jalan Polo Country Club Selangor, 10/3 Kota Damansara, Seksyen 10, Petaling Jayan dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun keseksaan kerana menipu.

Menurut kenyataan itu, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai Nur Sajat boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Syafrina Nadzleen Ibrahim di talian 019-2692954.

Sebelum ini, Nur Sajat, 36, diburu pihak berkuasa selepas waran tangkap terhadapnya dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) selepas gagal hadir sebutan semula pertuduhan berpakaian wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

Susulan itu ada dakwaan melaporkan Nur Sajat  sedang bersembunyi di Thailand selepas dikenakan waran tangkap berkenaan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya