Kemaruk bersosial, 59 ditahan berhibur di pub bawah tanah - Utusan Malaysia

Kemaruk bersosial, 59 ditahan berhibur di pub bawah tanah

Susulan penutupan pusat hiburan kini ada yang menawarkan parti persendirian di kondo atau kediaman mewah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mungkin tidak tahan lagi dengan perintah total lockdown yang tidak membenarkan aktiviti sosial, sekumpulan 59 individu mengambil risiko berhibur di pub yang direka khas di bawah tanah di sebuah hotel di Jalan Pudu dekat sini semalam.

Daripada yang ditahan tersebut, lapan adalah kakitangan awam. Kumpulan itu dikatakan mula memasuki pusat hiburan yang beroperasi tiga hari lalu sejak pukul 1 petang pada hari tersebut.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, serbuan pada pukul 9.30 malam itu dilakukan pasukan polis Bahagian Jenayah Maksiat, Judi, Kongsi Gelap (D7), JSJ Kuala Lumpur susulan maklumat awam dan risikan.

“Polis menahan  59 individu iaitu 37 wanita dan 22 lelaki tempatan berusia 20 hingga 45 tahun. Sejumlah minuman keras, peralatan audio dirampas ,” kata beliau selepas operasi.

Menurut beliau, siasatan mendapati premis itu dibuka bermula pukul 1 petang sehingga 10 malam sejak tiga hari lalu.

“Ketika ini pihak polis masih dalam proses pemeriksaan serta dokumentasi terhadap pengunjung, penjaga premis serta pekerja selain melakukan ujian air kencing,” ujar beliau.

Kesemua tahanan akan dibawa ke IPD Wangsa Maju untuk tindakan seterusnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN