Isu vaksin: `Saya cakap durian, dia cakap rambutan’  - Utusan Malaysia

Isu vaksin: `Saya cakap durian, dia cakap rambutan’ 

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin  mendakwa Duta Besar Kesatuan Eropah (EU) di Malaysia tidak faham perkara cuba disampaikan beliau.

“Saya cakap durian, dia (Michalis Rokas) cakap pasal rambutan,” kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick) pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Khairy, beliau membangkitkan tindakan EU membeli bekalan vaksin lebih banyak daripada yang diperlukan negara-negara tersebut.

Bagaimanapun, Rokas sebaliknya mengatakan Malaysia telah membeli berjuta-juta dos vaksin daripada anggota EU.

“Saya rasa dia tak faham apa saya cakap. Yang kita beli memang datang dari Belgium, tapi itu vaksin yang Malaysia sudah bayar.

“Saya sebut pasal pembelian Kesatuan EU yang lebih daripada keperluan penduduk mereka, bukan sekatan vaksin yang kita dah beli.

“Tetapi yang saya katakan adalah kamu telah membeli secara berlebihan, berkali-kali,” kata beliau.

Menurut Khairy, Malaysia hanya membeli dos vaksin yang cukup untuk 120 peratus penduduknya.

Namun, beliau memberitahu,  ada negara yang membeli dos lima kali ganda daripada jumlah penduduk.

Tiga hari lalu, Rokas mengulas mengenai jumlah vaksin yang telah dihantar dan diluluskan oleh EU untuk dieksport ke Malaysia.

Penjelasan itu dibuat susulan dakwaan Khairy terhadap pengedaran bekalan vaksin didakwa dilakukan secara tidak adil. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.