DUN Johor bersidang 12 Ogos - Utusan Malaysia

DUN Johor bersidang 12 Ogos

SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR - FB SULTAN IBRAHIM 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Ismail menitahkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bersidang pada 12 Ogos ini bagi membincangkan pelan tindakan membantu rakyat yang berhadapan dengan pandemik Covid-19.

Sultan Ibrahim bertitah, baginda turut berkenan berangkat merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Keempat pada tarikh tersebut yang diadakan di Kota Iskandar.

“Saya mahu semua Ahli Dewan bersatu hati untuk bersidang demi kepentingan rakyat dan Negeri Johor, terutama mengenai pelan tindakan bagi membantu kehidupan rakyat yang terjejas akibat wabak Covid-19 dan menyusun pelan pemulihan ekonomi Negeri Johor dengan sebaiknya.

“Saya berasa amat sedih melihat kehidupan rakyat saya yang dalam kesusahan, ketakutan dan kegelisahan sekarang ini. Saya juga kecewa kerana sehingga hari ini, masalah penularan virus Covid-19 masih belum dapat diselesaikan,” titah baginda kepada Royal Press Office (RPO) di sini, hari ini.

Terdahulu pada pagi tadi, Sultan Ibrahim menerima menghadap Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad; Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani dan Penasihat Undang-Undang Johor, Amir Nasruddini. 

Sultan Johor turut menerima menghadap Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Datuk Dr. Aman Rabu bagi mendapatkan laporan keadaan pandemik Covid-19 di negeri itu.

Pada Khamis lalu, Hasni berkata, kerajaan negeri bersedia untuk mengadakan sidang DUN dengan segera seperti yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Johor.

Ujar beliau, kerajaan negeri akan mengenal pasti tarikh yang sesuai supaya persidangan itu dapat dijalankan secepat mungkin. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN