PUTRAJAYA: Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan beliau bukanlah seorang yang ‘gila kuasa’, tetapi menyifatkan segala tindakannya yang masih mengambil peduli hal ehwal negara adalah semata-mata untuk terus memberi sumbangan kepada negara. Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau menyedari usianya telah lanjut untuk kembali berkuasa dan hanya bertindak atas permintaan banyak pihak supaya menyumbang tenaga dan fikiran demi menyelesaikan masalah negara. Jelas beliau, ini termasuk cadangan penubuhan…










