Biar tauke besar beli sendiri vaksin - Anwar - Utusan Malaysia

Biar tauke besar beli sendiri vaksin – Anwar

ANWAR Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan digesa segera memberi kelonggaran kepada syarikat-syarikat berkemampuan dari segi kewangan membeli vaksin dan mengedarkan dalam kalangan ahli keluarga dan pekerja mereka.

Kelonggaran tersebut sewajarnya diberi lebih awal supaya sasaran vaksinasi kepada 26 juta rakyat atau mencapai 80 peratus imunisasi kelompok boleh dicapai lebih cepat.

Kebenaran tersebut juga membolehkan kerajaan menjimatkan perbelanjaan apabila syarikat atau pengusaha berkemampuan dilibatkan sekali dalam kempen pemberian vaksin.

Perkara itu ditegaskan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggesa kerajaan tidak perlu menanggung syarikat yang berkemampuan berunding dengan pembekal vaksin dan membeli vaksin tersebut.

“Seperti syarikat dimilik tauke-tauke besar, biar mereka beli. Buat apa kita hendak tanggung, mereka ada keupayaan, untung berbilion. Ada syarikat top 10 billionaires, biar dia beli untuk keluarga, syarikat dan sahabat handainya. Dia pun hendak selamat, takut sakit dan mati.

“Mengapa kita hendak kongkong semua, sekarang baharu hendak beri kelonggaran. Bulan Jun baru hendak beri kelonggaran. Kena lihat, kerana apa, saya tidak mengerti mengapa politik sebegini rupa sehingga merosakkan,” katanya dalam Amanat Presiden  yang berlangsung secara dalam talian hari ini.

PKR sepatutnya meneruskan Kongres Nasional Tahunan PKR hari ini, namun mendapat arahan penangguhan oleh  Majlis Keselamatan Negara (MKN) berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 menyebabkan Anwar menukarnya kepada penyampaian Amanat Presiden.

Dalam ucapan itu, Anwar mencadangkan kelonggaran pembelian vaksin dibenarkan kerajaan sebagai rangka strategi untuk keluar daripada krisis pandemik Covid-19 yang melanda sejak Januari tahun lalu.

Katanya, laporan data harian Covid-19 termasuklah kes baharu haruslah sejajar dengan jumlah ujian saringan yang dilakukan.

“Bagaimana kita hendak keluar daripada pandemik Covid-19 ini. Kita keluar ialah dengan perancangan, pertama data kena betul. Janganlah kita tengok sakit banyak ujian kurang. Jadi kita menipu kerana hendak melihat gambaran yang lebih baik, rakyat akan terkesan.

“Jadi sebab itu saya kata data cukup kena vaksin, kena bagitahu order di mana. Orang bising-bising… iya..iya sudah lulus, Sinopharm sudah lulus, Morderna pun sudah lulus.. boleh beli. Setelah berapa bulan? Enam bulan,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya