Bagaikan hidup dalam mati – Elyana - Utusan Malaysia

Bagaikan hidup dalam mati – Elyana

Elyana
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon popular, Elyana memaklumkan, dia kini sukar bernafas akibat kanser yang dihidapinya sejak 11 tahun lalu.

Elyana mendedahkan kanser tersebut kini mengakibatkan saluran pernafasannya menjadi sempit dan sukar untuk bernafas seperti orang biasa.

“Saya sekarang susah untuk bernafas kerana kanser ini sudah berada di tengah-tengah dada. Jadi, ia telah menyempitkan saluran pernafasan.

“Saya nak bernafas seperti biasa memang susah. Kalau orang normal bernafas 100 peratus, saya kini bernafas dalam 20 peratus sahaja,” katanya yang menerima rawatan radioterapi kelmarin.

Bagaimanapun, menurut artis itu, dia berasa sedikit lega semalam setelah doktor memberi ubat untuk mencairkan kahak.

Ceritanya yang berusia 34 tahun, sebelum ini dia sudah membuat kimoterapi dan radioterapi, namun badannya masih kuat.

“Sekarang saya dah tidak kuat macam dahulu. Selain itu, dah kurang nutrisi dalam badan saya. Berat sekarang 35 kilogram, ia terlampau ringan,” ujarnya

“Apabila dah masuk darah, saya baru rasa ada sedikit tenaga. Jika tidak, selalunya saya rasa lemah dan macam susah nak membuka mata. Bagaikan hidup dalam mati,” katanya.

Elyana yang menghidap kanser limfoma mahu terus bermain dengan anak-anak menyebabkan dia nekad menjalani rawatan radioterapi.

Dalam masa sama, Elyana memohon didoakan agar dia terus kuat untuk menjalani rawatan berkenaan.
Dia akan melakukan rawatan itu sebanyak 10 sesi dan harus menghadapinya dengan cekal berikutan berat badannya yang semakin susut. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya