PUTRAJAYA: Sebanyak 88 peratus jumlah kematian akibat Covid-19 membabitkan pesakit yang ada satu atau lebih penyakit komorbid berbanding kes kematian tanpa komorbid. Angka tersebut sekali gus menunjukkan mereka yang mempunyai penyakit komorbid berisiko mendapat jangkitan lebih teruk sehingga membawa kepada kematian. Komorbid adalah istilah perubatan merujuk kepada individu yang menghidap dua atau lebih penyakit yang tidak berkaitan secara serentak dan berisiko tinggi mendapat banyak komplikasi atau kesan sampingan jika dijangkiti…










