USM tangguh upacara konvokesyen ke-58 - Utusan Malaysia

USM tangguh upacara konvokesyen ke-58

KADAR pengurangan yuran yang dinyatakan adalah munasabah memandangkan 20 universiti awam terpaksa menanggung kos operasi yang tinggi dengan menggunakan sumber peruntukan dalaman universiti.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Universiti Sains Malaysia (USM) menangguhkan Upacara Konvokesyen Ke-58 yang dijadualkan pada 8 hingga 16 Jun depan sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan ekoran situasi terkini Covid-19.

Naib Canselor USM, Prof. Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan berkata, keputusan itu dilaksanakan setelah mengambil kira kesemua faktor risiko dan penilaian menyeluruh meliputi keselamatan
dan kesejahteraan graduan khususnya, warga universiti serta masyarakat amnya.

Katanya, keputusan itu juga diambil setelah mendapat perkenan Tuanku Canselor USM, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.

“USM memandang serius peningkatan mendadak kes baharu Covid-19 dalam negara kebelakangan ini serta mengambil maklum mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di
seluruh negara berkuat kuasa 12 Mei hingga 7 Jun.

“Setelah mengambil kira segala risiko dan mendapat perkenan Tuanku Canselor, pihak universiti telah memutuskan untuk menangguhkan Upacara Konvokesyen Ke-58 USM yang
dijadualkan pada 8 hingga 16 Jun sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan apabila keadaan mengizinkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, segala kesulitan yang berbangkit akibat daripada penangguhan itu terutama berkaitan dengan persiapan dan perancangan awal yang telah dilakukan oleh pihak graduan
adalah amat dikesali.

“Keputusan ini dibuat atas faktor kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan kesemua pihak terbabit di samping pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh
Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Dalam hal ini juga, pihak USM amat menghargai keprihatinan, kefahaman dan kerjasama yang diberikan oleh kesemua pihak yang terbabit. Marilah kita bersama-sama berdoa dan membantu
memutuskan rantaian jangkitan wabak Covid-19 ini,” katanya.

Tambah beliau, para graduan diminta melayari laman web rasmi https://convo.usm.my/ dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini berhubung
Upacara Konvokesyen Ke-58 USM. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya