PETALING JAYA: Kerajaan akan mengumumkan pakej bantuan kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terkesan akibat pelaksanaan `total lockdown’ fasa pertama dua minggu mulai 1 Jun ini.
Pejabat Perdana Menteri memberitahu, pakej bantuan itu diperincikan Kementerian Kewangan dan akan diumumkan selepas muktamad.
“Susulan keputusan kerajaan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor ekonomi dan sosial, Kementerian Kewangan akan memperincikan pakej bantuan kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terkesan.
“Pengumuman mengenai pakej bantuan ini akan dibuat secepat mungkin,” kata Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan, hari ini. – UTUSAN










