fbpx

24 Jun 2021, 12:09 pm

  TERKINI

Tiga kampung di Kelantan kena PKPD

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tiga kampung di Mukim Bunut Susu, Jajahan Pasir Mas, Kelantan bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Ahad ini hingga 22 Mei meliputi Kampung Paya Ular, Kampung Tualang dan Kampung Bechah Palas susulan kes naik agak mendadak.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga kini, sejumlah 120 kes positif Covid-19 direkodkan di tiga perkampungan tersebut hasil saringan pihak Kementerian Kesihatan.

Beliau berkata, PKPD melibatkan dua institusi pendidikan dan sebuah perkampungan pula ditamatkan ekoran penurunan kes serta kluster wabak itu yang terkawal antaranya Sekolah Menengah Sains Banting di Jalan Sultan Suleiman Shah, Daerah Kuala Langat, Selangor.

“Sepanjang tempoh tersebut, sejumlah 113 daripada 990 ujian saringan dilakukan Kementerian Kesihatan adalah positif manakala kes terakhir direkodkan pada 3 Mei lalu,” jelas beliau dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, PKPD di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, Kelantan pula juga berakhir hari ini, sembilan hari lebih awal daripada sepatutnya pada 16 Mei ini.

Sejak dilaksanakan pada 19 April lalu kata beliau, sebanyak 866 ujian saringan sudah dilakukan pihak kementerian tersebut dengan 431 daripadanya disahkan sebagai positif Covid-19.

Turut ditamatkan PKPD tambah beliau ialah di Kampung Muhibbah Raya, Tawau, Sabah pada esok seperti yang dijadualkan, malah, hanya 84 disahkan positif daripada sejumlah 622 ujian saringan.

Jumlah pesalah ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara semalam pula kata Ismail Sabri terus naik lagi kepada 486 individu diberkas semalam berbanding 411 individu ditahan kelmarin.

Daripada jumlah itu, katanya, 473 dikompaun manakala 13 lagi direman dengan kes tertinggi masih lagi gagal merekod butiran atau daftar masuk premis. – UTUSAN