PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau ‘total lockdown’ fasa pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 hingga 14 Jun ini. Perkara itu diputuskan dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Mengenai Pengurusan Covid-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam. Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, sepanjang tempoh tersebut, semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu…










