Sebanyak 436 kluster masih aktif, 26 kematian, 13 kluster baharu

436 kluster masih aktif, 26 kematian

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak 436 kluster Covid-19 di negara ini masih aktif dengan 13 lagi kluster baharu direkodkan semalam menjadikan keseluruhan kumulatif kluster berjumlah 1,788 dengan 1,352 kluster ditamatkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 13 kluster yang direkodkan adalah melibatkan lima tempat kerja, empat kluster komuniti, dua kluster keagamaan dan satu kluster institusi pendidikan swasta yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).

“Kluster tempat kerja melibatkan Kluster Jalan Satu di Gombak Selangor dengan 16 kes positif direkodkan; Kluster Lorong Tiung di Kuala Langat dan Klang, Selangor (25 kes), Kluster Tapak Bina Jalan Tun Hussein Onn di Seberang Prai Pulau Pinang (51 kes) dan Kluster Kopitiam Kampung Selamat di Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang (19 kes).

“Kluster komuniti pula melibatkan Jalan Stadium Negeri di  Kuching, Samarahan dan Serian, Sarawak (17 kes) Kluster Tebedu Mawang di Tebedu, Sarawak (21 kes);  Kluster Sri Tualang di  Pasir Mas, Kelantan ( 27 kes); Kluster Jalan L Sungai Behrang Muallim, Perak (17 kes) serta Kluster Lak Lok di  Besut, Terengganu dan Kota Bharu, Kelantan (26 kes),” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Noor Hisham, kluster keagamaan membabitkan Kluster Jalan Haji Mahmud di Johor Bahru dan Kota Tinggi, Johor (14 kes) Kluster Tanah Merah di Port Dickson dan Seremban, Negeri Sembilan (41 kes)  selain  Kluster Desa Murni melibatkan Institusi Pendidikan Swasta yang Berdaftar di bawah KPM di Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang (29 kes).

Dalam pada itu, beliau berkata, kes positif baharu Covid-19 turun sedikit berbanding semalam iaitu sebanyak 3,733 kes sekali gus mengatasi kes sembuh 3,211 kes.

Katanya, sejumlah 37,060 kes aktif dicatatkan dengan 416 kes pesakit di unit rawatan rapi (ICU) dan kes memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 216 kes.

Ujar beliau, Selangor merekodkan  kes tertinggi iaitu 1,278 diikuti Sarawak, 454 kes, Johor 365 kes, Kuala Lumpur 338 kes, Pulau Pinang 280 kes, Negeri Sembilan 205 kes.

“Kelantan mencatatkan 254 kes, Kedah 176 kes, Pahang 100 kes manakala negeri-negeri lain merekodkan kes dua angka seperti Perak (80 kes), Melaka (66 kes), Sabah 61 kes, Terengganu (49 kes) serta Putrajaya 20 kes.

“Hanya Labuan dan Perlis merekodkan kes satu angka iaitu masing-masing enam dan satu kes,” katanya.

Noor Hisham berkata, daripada 26 kes kematian hari ini melibatkan tujuh kes di Selangor, enam kes di Kuala Lumpur, empat kes di Johor, masing-masing tiga kes di Kelantan dan Pahang, dua kes di Pulau Pinang dan satu kes di Sarawak.

Katanya, ia melibatkan 14 kematian dalam kalangan lelaki dan 12 perempuan dengan seorang bukan warganegara berusia antara 36 hingga 90 tahun yang mempunyai pelbagai latar belakang penyakit seperti Penyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia dan buah pinggang kronik, strok, kanser, jantung, thyroid selain obesiti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya