Pulang ke rumah selepas PKPD tamat - Utusan Malaysia

Pulang ke rumah selepas PKPD tamat

SULAIMAN Md. Ali mendengar taklimat operasi PKPD di Balairaya Kampung Ujong Padang, Masjid Tanah, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Penduduk yang pulih daripada Covid-19 tidak dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sehingga Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tamat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, tindakan tersebut bertujuan mengelakkan penduduk yang sembuh daripada memasuki kawasan berisiko tinggi.

“Saya nasihatkan mereka tangguhkan dulu hasrat pulang ke rumah sehingga PKPD tamat. Buat sementara ini, mereka boleh menumpang di rumah saudara mara dahulu.

“Saya yakin mereka mempunyai saudara mara yang tinggal berhampiran. Tetapi jika tiada, itu kita akan fikirkan,” katanya kepada pemberita selepas taklimat operasi PKPD Kampung Lubok Redan di sini, hari ini.

Yang hadir sama Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Baru-baru ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan, Kampung Lubok Redan dikenakan PKPD bermula semalam hingga 29 Mei depan susulan peningkatan ketara dengan 56 kes positif. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN