Pemandu lori didenda RM2,000 buat laporan palsu - Utusan Malaysia

Pemandu lori didenda RM2,000 buat laporan palsu

ZULFADLI Rosli dihadapkan ke mahkamah semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG : Gara-gara membuat laporan palsu keretanya dipecah dan kehilangan barangan kemas serta wang tunai, seorang pemandu lori didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di
sini hari ini.

Majistret P. Sarulatha menjatuhi hukuman terhadap Zulfadhli Rosli, 32, selepas tertuduh mengaku bersalah dan mengarahkannya dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda
tersebut.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada seorang anak itu didakwa membuat laporan palsu kepada anggota polis berpangkat koperal bahawa cermin belakang sebelah kiri kereta Perodua Bezza
miliknya yang diletakkan di hadapan rumahnya di Pandamaran Jaya telah dipecahkan.

Tertuduh turut melaporkan beg galas yang ditinggalkan dan mengandungi sijil kelahiran anak, sijil nikah, lapan utas rantai leher, gelang tangan (5), cincin (5), subang telinga (2) dan wang
tunai RM31,000 turut hilang dicuri akibat kejadian itu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Balai Polis Pandamaran pada 4 Mei lalu kira-kira pukul 2.20 petang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya, Evangelin Simon Silvaraj memohon hukuman setimpal diberikan kepada tertuduh berikutan kesalahan tersebut sering berlaku ketika ini.

Bagaimanapun, Peguam Mohd. Norazihan Adnan mewakili tertuduh memohon hukuman minima diberikan kerana anak guamnya telah insaf dan kesal selain adalah kesalahan pertama.

“Kesilapan ini berlaku selepas berlakunya perselisihan faham antara anak guam saya dengan isterinya.

“Mereka juga telah bermaafan dengan isterinya dan wanita terbabit menyatakan sayang kepada suaminya,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya