Pas Perlis kutip derma bantu rakyat Palestin - Utusan Malaysia

Pas Perlis kutip derma bantu rakyat Palestin

Pas lancar kutipan derma buat Palestin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Pas negeri menggerakkan kutipan derma jihad bagi membantu rakyat Palestin yang berhadapan dengan kekejaman Israel.

Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd Shukri Ramli berkata, pihaknya mengarahkan seluruh dewan, kawasan dan cawangan Pas di Perlis untuk mengerakan kutipan tersebut.

Menurut beliau, sumbangan tersebut boleh disalurkan ke tabung kemanusiaan Palestin Pas Perlis di akaun Bank Islam iaitu 09010010047614 atas nama Pas Perhubungan Negeri Perlis. 

“Semua sumbangan hendaklah dimaklumkan kepada Bendahari Perhubungan Pas Perlis di talian 019-454 6440 (Mohd Zulkefli Arof) manakala jumlah yang terkumpul akan diserahkan kepada sekretariat #Aid4palestine,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pas negeri mengecam sekeras-kerasnya tindakan kejam Israel ke atas orang awam di Palestin ketika ini

“Kekejaman rejim Israel, meskipun cuba ditutup oleh media-media antarabangsa telah menambah satu lagi episod penderitaan rakyat Palestin yang selama ini hidup tertindas dan terkepung di tanah air sendiri.

“Ratusan nyawa yang tidak berdosa melayang manakala infrastruktur seperti kediaman, sekolah dan bangunan kerajaan mengalami kemusnahan,” kata Mohd. Shukri.

Dalam pada itu, Pas negeri menyeru seluruh umat Islam terus berdoa supaya kesengsaraan rakyat Palestin segera berakhir.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya