Nilai duit raya berubah 22.9 peratus sejak 10 tahun lalu - DOSM - Utusan Malaysia

Nilai duit raya berubah 22.9 peratus sejak 10 tahun lalu – DOSM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Walaupun pasrah tidak dapat pulang beraya tahun ini namun amalan pemberian duit raya tetap berjalan seperti biasa dan kekal menjadi tradisi khususnya kepada kanak-kanak.

Hari ini, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berkongsi perubahan dan nilai sebenar duit raya pada hari ini jika hendak dibandingkan nilainya ketika diterima sekitar 10 tahun lalu.

DOSM menerusi perkongsian di laman sosialnya berkata, dalam tempoh 10 tahun yang lalu, kadar inflasi nasional meningkat sebanyak 22.9 peratus.

“Jika 10 tahun dahulu, nilai yang diterima adalah RM50 maka, tahun ini ia sudah berubah dan meningkat sebanyak 22.9 peratus.

“Nilai itu bagaimanapun berubah-ubah mengikut negeri berdasarkan kadar inflasi yang berbeza bagi setiap negeri,” katanya berdasarkan data terkini dikeluarkan Indeks Harga Pengguna.

Jika anda menerima duit raya not RM10, RM50 dan RM100 pada 10 tahun lalu, kini selepas perubahan kadar inflasi nilainya sudah berubah kepada RM12.29, RM61.45 dan RM122.90.

Berdasarkan kiraan kadar nilai RM50 yang diterima 10 tahun lalu dan kadar inflasi di setiap negeri, DOSM berkata, Johor mencatat perubahan nilai tertinggi iaitu RM62.85 diikuti Selangor dan Putrajaya (RM62.50), Kuala Lumpur (RM62.15), Pulau Pinang (RM62.28), Negeri Sembilan (RM61.60).

Bagi Kelantan pula, nilainya berubah kepada RM60.92, Pahang (RM60.24), Melaka (RM60.17), Kedah/Perlis (RM59.70), Perak (RM59.28), Sarawak (RM59.27) dan Sabah/Labuan (RM57.18).

Berdasarkan panduan diberikan DOSM itu, ibu bapa sudah boleh berkira-kira berapa nilai yang perlu ditambah untuk diberikan kepada kanak-kanak sempena Aidilfitri tahun ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya