Mesyuarat khas PN hari ini - Utusan Malaysia

Mesyuarat khas PN hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Barisan kepemimpinan Perikatan Nasional (PN) dijadual mengadakan mesyuarat khas hari ini dipercayai bagi membincangkan isu berhubung masa depan gabungan itu selepas sokongan UMNO tamat Ogos ini.

Mesyuarat bermula pukul 5 petang di Pejabat PN di Publika, dekat sini itu dijangka dihadiri seramai 17 kepemimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Antara dijangka hadir ialah Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan, Datuk Seri Yong Teck Lee, Datuk Dr. Dominic Lau dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Yang turut hadir Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selaku Timbalan Presiden PN serta Ketua Pemuda PN, Khairil Nizam Khirudin.

Menurut sumber, mesyuarat itu diadakan secara khusus bagi membincangkan agenda tertentu untuk mendapatkan kata putus daripada kepemimpinan parti.

Antara perkara yang mungkin dibincangkan adalah mengenai tindakan PN sendiri selepas sokongan UMNO tamat pada Ogos supaya kerajaan tidak lumpuh.

Jika penamatan sokongan itu berlaku, PN harus memikirkan jalan terbaik untuk bergabung dengan parti lain bagi mencukupkan bilangan majoriti membentuk kerajaan.

Atau jika formula gabungan tersebut tidak berjaya, apakah pilihan raya adalah selamat untuk PN mengekalkan kuasa sehingga selepas Pilihan Raya Umum PRU Ke-15.

Nasib menteri dan timbalan menteri UMNO juga dipercayai menjadi fokus perbincangan sama ada mereka ingin kekal bersama PN atau meletak jawatan dan meneruskan perjuangan bersama parti itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya