Mercun bernilai RM80,000 diseludup guna lorong tikus - Utusan Malaysia

Mercun bernilai RM80,000 diseludup guna lorong tikus

ABDUL Rozak Muhammad (kanan) menunjukkan antara mercun yang dirampas membabitkan nilai keseluruhan kira-kira RM80,000 dalam sidang akhbar di IPD Besut hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Polis merampas 20 jenis mercun dianggarkan bernilai kira-kira RM80,000 yang diseludup masuk ke daerah ini dengan menggunakan laluan tikus di Kampung Jebak Puyuh,
Jertih di sini semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, kesemua mercun itu ditemukan dalam sebuah lori yang penuh muatan bahan letupan berkenaan ketika ditahan
kira-kira pukul 3.45 petang.

Katanya, polis turut menahan pemandu lori berusia 40 tahun di samping kelindan berusia 17 tahun bagi membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati bekalan mercun pelbagai jenis termasuk bola dan papan itu dibawa masuk dari Thailand menerusi negeri jiran dengan melalui laluan tikus.

“Berdasarkan pengakuan suspek, mereka menerima upah untuk penghantaran mercun berkenaan bagi pasaran Besut,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut di
sini hari ini.

Menurut Abdul Rozak, kedua-dua suspek yang merupakan rakan sekampung itu direman selama tiga hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Katanya, polis masih melakukan siasatan untuk mencari pemilik sebenar dan sumber bahan mercun itu diperolehi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.