Majlis buka puasa: Polis siasat selebriti tempatan - Utusan Malaysia

Majlis buka puasa: Polis siasat selebriti tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis membuka kertas siasatan terhadap penganjuran Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Hotel Westin di sini, 29 April lalu. 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Mohamad Zainal Abdullah berkata, setakat ini  empat individu terdiri daripada tiga penganjur dan seorang pihak pengurusan hotel diambil keterangan. 

Menurut beliau, hasil penelitian mendapati wujudnya pelanggaran SOP penganjuran majlis sosial dengan tiada penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter setiap individu. 

“Kita akan panggil kesemua yang terlibat untuk memberi keterangan dan setakat ini empat individu dipanggil termasuk tiga penganjur dan seorang pihak pengurusan hotel,” kata beliau dalam kenyataan semalam. 

Mohamad Zainal berkata, isu tersebut disiasat di bawah Seksyen 21 A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkag-langkh di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan ) Kawalan Pergerakan Bersyarat (No 4) 2021. 

Jelas beliau, kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya apabila siasatan dilengkapkan. 

Sehubungan itu, orang ramai diseru untuk terus mematuhi SOP dan kegagalan berbuat demikian membolehkan tindakan diambil di bawah undang-undang diperuntukan. 

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan pelanggaran SOP di Hotel Westin boleh menyalurkan maklumat ke hotline polis di talian 03-2115 9999 atau Ibu pejabat Polis Daerah Danv Wangi pada nombor 03-26002222 atau mana-mana balai polis berhampiran. 

Terdahulu beberapa selebriti tempatan seperti Caprice, Heliza Helmi serta instafamous popular antara individu yang hadir dalam majlis penganjuran tersebut. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya