Lebih 10 tahun Endut beraya ditemani kucing - Utusan Malaysia

Lebih 10 tahun Endut beraya ditemani kucing

ENDUT Abu Bakar menyambut Hari Raya Aidilfitri secara bersendirian sejak lebih 10 tahun lalu dengan ditemani kucingnya di Kampung Pelandan, Hulu Terengganu. -UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Sejak kematian suaminya lebih sepuluh tahun lalu, warga emas orang kurang upaya (OKU), Endut Abu Bakar, 78, hanya meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan ditemani kucing peliharaannya.

Endut yang cacat kedua-dua kaki sejak lahir tinggal berseorangan di Kampung Pelandan, di sini dan tidak mempunyai zuriat dalam dua perkahwinan terdahulu.

Katanya, walaupun tidak membuat sebarang persiapan Syawal, jauh di sudut hatinya tetap menantikan kunjungan sanak saudara bagi menikmati sedikit keceriaan di hari raya.

“Saya hanya memakai baju lama yang disumbangkan orang ramai, harapnya adalah tetamu yang datang beraya di rumah,” katanya ketika ditemui semalam.

Endut yang bergerak secara merangkak menggunakan lutut dan tapak tangan berikutan kedua-dua kakinya terlipat ke belakang sejak lahir adalah penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan.

Katanya, antara kenangan Aidilfitri yang tidak dapat dilupakan adalah semasa menjadi tukang jahit satu masa dahulu terutama kesibukan menyiapkan tempahan baju raya pelanggan.

“Bersengkang mata menjahit dengan menggunakan mesin lama. Upah yang diterima pada masa itu tidak banyak, cuma RM10 untuk sepasang baju kurung.

“Sebelum Ramadan pula, biasanya saya sibuk menjual kain pasang hingga ke pasar giliran di Kuala Berang pada hari Rabu serta Sabtu dengan menaiki van ke sana,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya