Konstabel polis ditahan kes samun - Utusan Malaysia

Konstabel polis ditahan kes samun

ANTARA barang yang dirampas polis bagi membantu siasatan kes samun warga Nepal membabitkan anggota polis di Iskandar Puteri, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang anggota polis berpangkat konstabel antara empat lelaki yang ditahan kerana disyaki terlibat kes samun seorang lelaki warga Nepal di sekitar daerah Iskandar Puteri, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, tiga lagi yang ditahan terdiri daripada pekerja buruh binaan, pemandu bas dan pemandu lori tunda berusia lingkungan 20 hingga 35 tahun.

“Bertindak atas maklumat, pasukan polis daerah Iskandar Puteri membuat tangkapan ke atas empat individu terbabit di kawasan Gelang Patah dan Mutiara Rini pada pukul 12.10 tengah malam.

“Polis juga membuat rampasan di beberapa lokasi termasuk Mutiara Rini, Gelang Patah, tapak Indah Water Kota Iskandar serta kawasan flat Taman Ungku Tun Aminah,” katanya di sini, hari ini..

Antara yang dirampas adalah lima telefon bimbit pelbagai jenama, satu kad kuasa polis, sepasang gari tangan, sebuah kereta jenis Toyota Vios dan sebuah kereta Honda City.

Dzulkhairi berkata, hasil siasatan awal mendapati salah seorang daripada mereka mempunyai tiga rekod jenayah lampau.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kesemua suspek ditahan reman empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan.

“Polis Iskandar Puteri percaya dengan tertangkapnya ahli sindiket ini, beberapa kes samun berkumpulan berlaku sepanjang bulan ini diselesaikan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan, Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya