Perancis cemerlang bawah Zidane

Perancis cemerlang bawah Zidane

Michael Olise (kiri) dan Desire Doue meraikan kemenangan Perancis ke atas Belgium dalam aksi Liga Negara-Negara di Paris, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Pengendali Perancis, Zinedine Zidane meraih kemenangan pertama di laman sendiri selepas Les Blues membenam Belgium 4-1 dalam aksi Liga Negara-Negara, semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam aksi itu, Perancis bangkit pada 13 minit terakhir perlawanan selepas Dodi Lukebakio meletakkan Belgium gol pembukaan pada babak pertama di Stade de France.

Perancis mengubah rentak perlawanan menerusi kebangkitan hebat apabila menjaringkan empat gol untuk mengekalkan rekod tanpa kalah Zidane dan semakin menghampiri suku akhir.

Desire Doue menyamakan kedudukan pada minit ke-77 sebelum Michael Olise mengumpan bola untuk jaringan Rayan Cherki yang meletakkan Perancis di depan empat minit kemudian.

Olise memastikan kemenangan Perancis dengan gol ketiga sebelum menambah satu lagi jaringan pada masa kecederaan bagi melengkapkan kebangkitan menakjubkan tuan rumah.

“Apa yang dilakukan Olise luar biasa. Dia sempurna dalam semua perlawanan kami. Ia sesuatu yang menggembirakan dan saya sangat optimis mengenai apa yang bakal berlaku.

“Kami mengumpul 10 mata dan selain kemenangan serta mata, perkara paling penting ialah kepuasan kerana sudah melakukan tugas dengan baik bersama pemain.

“Amat penting untuk kami menjalani dua minggu yang berkualiti. Ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki, tetapi ia akan berlaku sedikit demi sedikit. 

“Kami boleh menjadi lebih baik dan kami akan menjadi lebih baik,” kata Zidane selepas mencatat kemenangan dalam tiga daripada empat perlawanan pertamanya.

Zidane, bekas juara Piala Dunia dan pemenang Ballon d’Or, melakukan rombakan besar terhadap kesebelasan utamanya bagi perlawanan terakhir dalam tempoh dua minggu jendela antarabangsa itu, dengan hanya Ousmane Dembele dikekalkan daripada 10 perubahan yang dibuat.

Pertahanan Manchester United, Leny Yoro dan penjaga gol Toulouse, Guillaume Restes membuat penampilan sulung bersama Perancis, manakala Dembele sekali lagi memakai lilitan kapten berikutan ketiadaan Kylian Mbappe yang cedera. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN