KUALA LUMPUR: Selepas dikritik dek dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri, pelakon dan pengacara popular, Rozita Che Wan menjelaskan gambar keluarga yang tular dalam media sosial itu diambil sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Rozita atau lebih popular dengan panggilan Che Ta berkata, dia sempat bergambar dengan 20 persalinan baju raya sebelum PKP dilaksanakan dan berharap dakwaan melanggar SOP raya dihentikan segera. “Saya memang merancang untuk mengadakan sesi fotografi…










