Guna dron pantau SOP Covid-19 - Utusan Malaysia

Guna dron pantau SOP Covid-19

JAGDEEP SINGH DEO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Dron mungkin merupakan pilihan terbaik bagi memantau serta memastikan penduduk mematuhi prosedur operasi
standard (SOP) pencegahan penularan wabak Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo berkata, pada masa ini teknologi dron
digunakan untuk memantau pembuangan sampah secara haram.

Bagaimanapun katanya, tidak mustahil teknologi itu juga boleh digunakan untuk membantu memantau pematuhan SOP di kawasan yang menjadi tumpuan ramai seperti di bazar.

“Penggunaan dron untuk memantau SOP pencegahan Covid-19 sedang dirancang kerana ia adalah teknologi penting pada masa ini.

“Kita pernah membincangkan hal ini sebelum ini dan akan melakukan penilaian lanjut mengenainya,” katanya selepas meninjau Pusat Operasi Pintar (IOC) di Komtar, di sini hari ini.

Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan dron untuk memantau pematuhan SOP di bazar Ramadan dan Aidilfitri di sekitar Lembah Klang.

Dalam perkembangan lain Jagdeep berkata, daripada 1,243 buah kamera litar tertutup (CCTV) yang di pasang di Pulau Pinang, sebanyak 1,001 buah berada di kawasan pulau manakala 242
buah di Seberang Perai.

“Sebanyak 553 buah CCTV mempunyai ciri analisis video terkini iaitu 528 buah di pulau dan 25 buah di Seberang Perai.

“Selain itu, 150 CCTV di pulau dan 25 lagi di Seberang Perai dilengkapi dengan sistem suara yang mana setiap 30 minit pengumuman akan dibuat melalui pembesar suara yang dilekatkan
pada CCTV untuk mengingatkan orang ramai untuk mematuhi SOP,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya mendapati CCTV dengan sistem suara amat berkesan dalam memastikan orang ramai mematuhi SOP.

“Setiap kali CCTV menangkap gambar orang ramai yang berkumpul di lokasi tertentu, pengumuman akan dibuat untuk mengingatkan mereka untuk melihat jarak fizikal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya