#BukaPuasaParlimen: Lapan termasuk Mukhriz dirakam percakapan

#BukaPuasaParlimen: Lapan termasuk Mukhriz dirakam percakapan

MUKHRIZ Mahathir (tengah) hadir ke IPD Dang Wangi hari ini bagi memberi keterangan berhubung perhimpunan bagi mendesak darurat ditamatkan di Parlimen, hujung bulan lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lapan individu termasuk Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hadir ke Ibu pejabat Polis (IPD) Dang Wangi bagi diambil keterangan berhubung perhimpunan bagi mendesak darurat ditamatkan di Parlimen, hujung bulan lalu.

Selain Mukhriz, turut dipanggil adalah Setiausaha Agung Muda, Amir Hairiri Abd. Hadi; Pengerusi Penjuang Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Sheikh Omar Ali; ADUN Kampung Tunku, Lim Yi Wei; Ketua Pemuda Amanah Wilayah Persekutuan, Asmaalif Abdul Adam, AJK Pusat Parti Sosialis Malaysia, Sharan Raj dan Tharma Pillai. 

Kesemua mereka hadir ke IPD Dang Wangi kira-kira pukul 1 petang dan selesai proses dirakam percakapan kira-kira satu jam 30 minit kemudian. 

Amir Hariri berkata, mereka diambil keterangan bagi membantu siasatan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dan memberikan kerjasama kepada pihak polis.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya masih berpegang terhadap pendirian untuk menggesa kerajaan membuka Parlimen bagi membolehkan ahli-ahli Parlimen bersidang semua untuk membincangkan situasi Covid-19.

“Darurat dilaksanakan bagi mengatasi Covid-19 namun apa yang berlaku jumlah kes semakin meningkat. 

“Jadi kita menggesa Parlimen dibuka agar semua ahli Parlimen dapat bersidang,” katanya ketika ditemui pemberita di IPD Dang Wangi di sini hari. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN