Bekalan makanan cukup ketika PKP 3.0  - Utusan Malaysia

Bekalan makanan cukup ketika PKP 3.0 

RONALD KIANDEE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan akan memastikan rantaian bekalan makanan mencukupi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Menterinya Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, sektor pertanian dan industri makanan akan terus diletakkan sebagai satu perkhidmatan perlu  dan dibenarkan beroperasi sepanjang masa dengan prosedur operasi standard (SOP).

Katanya, sektor pertanian dan industri makanan juga akan terus diletakkan sebagai satu perkhidmatan perlu serta dibenarkan beroperasi sepanjang masa.

“Kita mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk mengetatkan lagi PKP 3.0 yang sedang berkuat kuasa dalam usaha untuk mengawal dan melandaikan lengkuk jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat.

“Sehubungan itu,  kementerian telah mengambil tindakan yang sewajarnya termasuk mendapatkan kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN) memastikan golongan petani, nelayan dan penternak terus diberi kebenaran untuk beroperasi sepanjang PKP bagi memastikan kelangsungan bekalan makanan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ronald yang juga Ahli Parlimen Beluran berkata, perkhidmatan bilik gerakan pusat pengurusan krisis juga telah dibuka semula selaras dengan pelaksanaan PKP 3.0  yang berfungsi sebagai pusat utama penerimaan panggilan, pusat amaran awal,  dan pusat pelaporan situasi harian untuk mendapatkan maklumat terkini setiap sektor dan industri.

Menurutnya, sebarang pertanyaan dan aduan boleh disalurkan melalui talian hotline 0388701491/1664 atau di http://mafi.spab.gov.my. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN