Awas Covid-19 sasar orang muda - Utusan Malaysia

Awas Covid-19 sasar orang muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jangkitan Covid-19 gelombang ketiga ketika ini, lebih banyak menjangkiti golongan berusia 20 hingga 40 tahun, dengan rata-ratanya adalah kes sporadik dan tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana kluster.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, dalam tempoh ini juga pesakit kategori empat dan lima meningkat kepada 15 peratus  berbanding lima peratus sebelum ini.

“Mereka yang datang (mendapatkan rawatan) di tahap empat dan lima meningkat sejak akhir-akhir ini. Oleh itu, saya sarankan orang ramai untuk lebih berwaspada, kerana ada yang tidak bergejala tetapi terus dikesan di tahap ini.

“Mereka yang berada di tahap empat dan lima ini memerlukan rawatan oksigen dan ada yang diventilasi,” kata beliau pada sidang akhbar secara maya di sini hari ini.

Selain itu,  Dr. Adham berterima kasih kepada hospital swasta yang meningkatkan jumlah katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) Covid-19, bagi membantu kerajaan menangani wabak tersebut.

“Sehingga kini, terdapat 110 hospital swasta yang bersetuju memberikan rawatan kepada pesakit Covid-19, dengan menyediakan 1,173 katil wad dan 119 katil ICU, khusus bagi rawatan pesakit Covid-19 meliputi kategori satu hingga lima,” katanya.

Dalam pada itu Dr Adham berkata, cadangan untuk mengenakan kompaun dan penalti terhadap individu yang tidak hadir ke Pusat Pemberian Vaksin pada hari janji temu, akan dibincangkan dalam Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV), dan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya