Tiga kadar bayaran zakat fitrah di Kelantan - Utusan Malaysia

Tiga kadar bayaran zakat fitrah di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) menetapkan tiga kadar bayaran zakat fitrah tahun ini iaitu RM7, RM14 dan RM21.

Yang Dipertua Maik, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, pembayar zakat di negeri ini boleh memilih kadar tersebut berpandukan kepada harga beras dimakan mereka.

Beliau berkata, pembayaran zakat boleh dilaksanakan melalui perkhidmatan kaunter Baitulmal yang terdapat di masjid bandar atau jajahan.

“Pembayaran juga boleh dilakukan menggunakan e-Zakat Payment di laman sesawang www.e-maik.my atau menerusi institusi perbankan yang dilantik sebagai ejen kutipan zakat bagi pihak Maik.

“Antaranya Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), CIMB, RHB, AmBank, Maybank, Bank Rakyat, Standard Chartered, Affin Bank, HSBC Bank, EON Bank, Al-Rajhi, Bank Muamalat Malaysia, BSN, OCBC dan Agrobank,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Tengku Temenggong Kelantan, kadar nisab zakat harta bagi tahun 1442H/2021M ditetapkan sebanyak RM20,520 untuk haul antara Ramadan tahun 1442H hingga Ramadan tahun 1443H.

Katanya, Maik amat mengharapkan kerjasama daripada semua pihak untuk mengambil maklum tentang ketetapan terkini itu. 

“Bersama-sama kita menghidupkan Ramadan tahun ini dengan amalan soleh dan tanggungjawab berzakat sebagaimana difardukan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.