Tak adil rentas negeri yang telah divaksin - Utusan Malaysia

Tak adil rentas negeri yang telah divaksin

Kerajaan luluskan vaksin Sinovac yang untuk digunakan kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cadangan kerajaan untuk memberi kebenaran merentas negeri sempena Hari Raya Aidilfitri kepada mereka yang telah menerima dua dos vaksin Covid-19 disifatkan sebagai tidak adil.

Pakar Kesihatan Komuniti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, ini kerana hanya pemimpin dan barisan hadapan yang telah menerima vaksin tersebut sedangkan masih ramai dalam senarai menunggu dan belum menerima tarikh temu janji untuk tujuan itu.

Katanya, jika kebenaran merentas negeri dibenarkan dalam kalangan mereka yang telah melengkapkan dua dos, ia akan menimbulkan isu ketidakadilan kepada yang belum divaksin.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada masa kini hanya pe­mimpin dan barisan hadapan sahaja yang telah divaksin. Seterusnya, rakyat marhaen masih menunggu untuk mendapatkan vaksin.

“Sekarang lebih tujuh juta telah mendaftar tetapi masih tidak dipanggil pihak Kementerian Kesihatan untuk divaksin. Oleh itu, kerajaan perlu membenarkan lebih banyak klinik swasta untuk orang ramai mendapatkan vaksin.

“Selain itu, jika kerajaan membenarkan rentas negeri, semua pihak perlu bersedia kerana bimbang wujudnya kluster raya.

“Hal ini kerana pihak kesihatan tidak menyaring rakyat tanpa simptom, jadi kita tidak mengetahui jangkitan dalam kalangan komuniti biasa, itulah bahaya,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Menurut beliau, paling sesuai jika ingin merentas negeri sempena Aidilfitri adalah mereka perlu membuktikan ujian saringan Covid-19 adalah negatif sebelum melakukan pergerakan.

“Waktu sesuai untuk kerajaan membenarkan merentas negeri apabila semua telah divaksin dan banyak negeri telah mencapai zon hijau,” katanya.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan meneliti keputusan kebenaran rentas negeri termasuk sempena Hari Raya Aidilfitri.

Kelmarin kementerian itu sekali lagi membayangkan kemungkinan umat Islam boleh merentas negeri untuk menyam­but Hari Raya Aidilfitri pada pertengahan Mei ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba bagaimanapun berkata, kebenaran khas itu tertakluk jika individu terbabit sudah pun melengkapkan seba­nyak dua dos vaksinasi Covid-19.

Menurut Adham, pihak­nya membentangkan kepada kerajaan mengenai kebenaran rentas negeri dan daerah boleh dibenarkan sekiranya enam petunjuk mencatatkan rekod positif. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini