Kerajaan Selangor tetapkan kadar Zakat Fitrah kekal RM7

Kadar Zakat Fitrah Selangor kekal RM7

SAIPOLYAZAN M. Yusop (depan, tiga dari kanan) bersama penerima agihan zakat pada Majlis Penyampaian Agihan Zakat Worldwide Holdings Bhd. di Mercu Worldwide Seksyen 13, Selangor, hari ini. - FOTO/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kadar zakat fitrah bagi Selangor ditetapkan RM7 pada tahun ini sama seperti tahun sebelumnya. 

Penetapan kadar itu selaras dengan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang mengekalkan kadar fitrah pada tahun ini dan kekal sejak 2018.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS), Saipolyazan M. Yusop berkata, penetapan kadar zakat fitrah RM7 adalah berdasarkan kepada harga bagi 2.6 kilogram beras Super Tempatan Gred A yang lazimnya digunakan oleh masyarakat.

“Bagaimanapun, kita menggalakkan golongan yang berkemampuan untuk menunaikan zakat fitrah mengikut harga beras dimakan setiap hari bagi diri dan tanggungan. 

“Secara tidak langsung, kita berpeluang untuk melakukan kebaikan dalam meraih keberkatan bulan Ramadan,” katanya pada Majlis Penyampaian Agihan Zakat Worldwide Holdings Berhad di Seksyen 13, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Worldwide Holdings Berhad, Datin Paduka Norazlina Zakaria.

Dalam pada itu, Saipolyazan berkata, kadar zakat fitrah untuk golongan berkemampuan tersebut adalah sebanyak RM14 bagi setiap individu yang memakan beras putih import, beras perang, beras pulut, herba ponni dan beras wangi.

Manakala katanya, bagi individu yang memakan beras basmathi, beras Jepun dan beras merah ialah RM21 seorang.

“Kita mengalakkan mereka menunaikan zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan dan telah dilaksanakan oleh LZS sejak 2018 lagi.

“Selain itu, bagi tahun ini kita tidak menyasarkan jumlah kutipan zakat fitrah memandangkan situasi pandemik belum berakhir.

“Namun, bagi tahun lalu, kita mengutip zakat fitrah sebanyak RM31.1 juta semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung dan bagi 2019 pula sebanyak RM26 juta,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.