MyNIISe tawar urusan imigresen lebih mudah

MyNIISe tawar urusan imigresen lebih mudah

Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (MyNIISe). FACEBOOK SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia disarankan memuat turun aplikasi Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (MyNIISe) dan melengkapkan pendaftaran masing-masing bagi menikmati kemudahan perkhidmatan digital imigresen yang lebih lancar.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, aplikasi berkenaan diperkenalkan bagi membolehkan pelbagai proses penting dilakukan terus menerusi telefon pintar tanpa perlu melalui proses yang rumit.

“Kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus komited memperkukuh perkhidmatan digital demi memudahkan urusan rakyat.

“Aplikasi MyNIISe diperkenalkan bagi memberi pengalaman perjalanan dan urusan imigresen yang lebih lancar, cepat serta mesra pengguna,” katanya menerusi hantaran di Facebook, semalam.

Saifuddin berkata, aplikasi itu menawarkan perkhidmatan lebih mudah, pantas dan selamat, selain menjimatkan masa serta tenaga pengguna.

“Ini bukan sekadar aplikasi tetapi juga langkah ke hadapan dalam memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan menjadi lebih moden, efisien dan dekat dengan rakyat,” katanya.

Menurut beliau, aplikasi MyNIISe boleh dimuat turun melalui App Store dan Google Play.

Berdasarkan infografik yang dikongsikan, pendaftaran MyNIISe boleh dibuat dengan membuka aplikasi berkenaan dan mendaftar menggunakan MyDigital ID sebelum memilih ‘Mula cipta profil’ serta mengimbas halaman foto pasport.

Pengguna kemudiannya perlu menyemak dan mengesahkan maklumat, mengambil gambar swafoto untuk tujuan pengesahan serta mencipta kata laluan akaun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN