PM setuju denda RM50,000 keterlaluan - Utusan Malaysia

PM setuju denda RM50,000 keterlaluan

MOHD. RAFIQ NAIZAMOHIDEEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju bahawa nilai kompaun RM50,000 yang dikenakan kepada peniaga burger dan peniaga colek di Kelantan sebagai tidak munasabah, keterlaluan dan membebankan.

Perkara itu dimaklumkan Naib Presiden Bersatu, Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen setelah mengajukannya kepada Muhyiddin berhubung hal berkenaan.

Beliau berkata, Perdana Menteri turut memaklumkan bahawa satu tindakan susulan akan diambil kerajaan bagi memperbetulkan keadaan yang dilihat amat membebankan rakyat.

“Saya telah menghubungi Perdana Menteri berhubung insiden penjual burger dikompaun RM50,000. Perdana Menteri setuju jumlah kompaun ini keterlaluan dan tidak munasabah serta membebankan rakyat.

“Insya-Allah, akan ada tindakan susulan untuk memperbetulkan keadaan,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput dalam satu kenyataan.

Isnin lalu, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu mengesahkan pihaknya mengeluarkan kompaun RM50,000 kepada peniaga burger yang membuka gerai di hadapan rumahnya di Jalan Panji seperti yang tular dalam media sosial.

Ketua Polis Daerah itu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, kompaun dikeluarkan terhadap peniaga burger itu kerana dia didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan di Kelantan.

Jelas beliau, polis sebelum ini menerima aduan penduduk kampung bahawa peniaga itu sering berniaga melebihi masa dibenarkan iaitu pukul 10 malam ke atas dengan ramai pelanggan didapati duduk dan makan di situ. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya