PUTRAJAYA: Penggunaan katil bagi merawat pesakit Covid-19 di hospital kerajaan berada dalam keadaan kritikal apabila sudah mencapai 80 hingga 100 peratus terutama di negeri-negeri yang berlaku peningkatan kes positif mendadak. Begitu juga, kapasiti penggunaan katil, wad dan unit rawatan rapi (ICU) di hospital- hospital swasta di Lembah Klang juga penuh 100 peratus. Situasi tersebut menyebabkan hospital swasta tidak lagi mampu menerima pesakit Covid-19 sekali gus memerlukan perhatian serius semua pihak…










