Pendidikan perubatan Malaysia mahu dapat pengiktirafan WFME

Pendidikan perubatan Malaysia mahu dapat pengiktirafan WFME

DR. DHAM BABA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Majlis Perubatan Malaysia (MMC) bakal mewakili negara bagi membolehkan Malaysia mendapat status pengiktirafan daripada Persekutuan Sedunia bagi Pendidikan Perubatan (WFME). 

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, pengiktirafan WFME itu kelak akan menjadikan program-program perubatan Malaysia setaraf dengan piawaian antarabangsa.

Katanya, ia susulan pengumuman Educational Commission for Foreign Medical Graduates (ECFMG) yang menetapkan pensijilan ECFMG bagi tujuan menduduki United States Medical Licensing Examination (USLME) hanya diberi kepada graduan perubatan dari negara yang diiktiraf  WFME bermula 2023.

“Jika Malaysia tidak tersenarai di dalam program pengiktirafan WFME, graduan perubatan dari 35 program perubatan pra siswazah tempatan yang diakreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), tidak akan berpeluang menimba pengalaman klinikal termaju di Amerika Syarikat.

“Oleh itu, melalui pengiktirafan berkenaan turut membolehkan perkongsian pengetahuan dan maklumat MPM dan MQA  bersama panel WFME dalam konteks penjagaan kualiti pendidikan  perubatan dan melonjakkan Malaysia sebagai hub pendidikan perubatan Asia Tenggara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Adham berkata, pengiktirafan WFME seterusnya secara langsung meningkatkan  kebolehpasaran graduan yang telah didaftar oleh MPM. 

Pada masa sama, katanya, ramai pelajar luar negara akan melanjutkan  pengajian dalam bidang perubatan di Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN