Kes positif terus kekal melebih 2,000 kes - Noor Hisham

Kes positif terus kekal melebih 2,000 kes – Noor Hisham

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus merekodkan peningkatan kes positif baharu Covid-19 melebihi 2,000 kes iaitu 2,341 kes mengatasi kes sembuh iaitu 1,592 kes. 

Sebanyak tiga kematian direkodkan manakala kes aktif terus menunjukkan peningkatan iaitu 21,268 kes berbanding semalam iaitu 20,522 kes. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 249 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 95 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, Sarawak terus kekal menjadi negeri tertinggi merekodkan kes baharu positif iaitu 600 kes diikuti Selangor 539 kes; Kelantan 429 kes; Kuala Lumpur 344 kes dan Johor 102 kes. 

“Baki negeri merekodkan kes dua angka iaitu Pulau Pinang 92 kes; Sabah 82 kes; Kedah 44 kes; Perak 34 kes; Melaka 19 kes; Negeri Sembilan 17 kes; Pahang 17 kes dan Terengganu 15 kes. Hanya dua wilayah dan satu negeri merekodkan kes satu angka iaitu Putrajaya, tiga kes serta Perlis, tiga kes dan Labuan, satu kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, tiga kes kematian melibatkan dua warga tempatan dan satu warga asing dengan masing-masing satu kes di Selangor, Sarawak, dan Sabah. 

“Kes melibatkan dua lelaki dan satu wanita warga asing berusia antara 65 hingga 75 tahun yang mempunyai pelbagai latar belakang penyakit. Antara penyakit yang dikesan iaitu kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, jantung, buah pinggang kronik, dan paru-paru obstruktif kronik,” katanya.

Mengulas mengenai tujuh kluster, beliau berkata, tujuh kluster baharu melibatkan empat kluster komuniti, dua kluster pendidikan termasuk satu kluster sekolah / institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan satu kluster tempat kerja.

Empat kluster komuniti katanya, Kluster Kampung Tengah Betong di Betong, Sarawak, 15 kes; Kluster Sungai Rian di Meradong, Sarawak, 48 kes serta Kluster Jalan Meranti melibatkan Hulu Selangor dan Gombak, Selangor, sembilan kes dan Kluster Taman Dato melibatkan Kepong dan Titiwangsa, Kuala Lumpur, 12 kes.

“Dua kluster pendidikan termasuk satu kluster sekolah / institusi pendidikan KPM, iaitu Kluster Jalan Pasir Mas – Pohon Tanjung melibatkan Pasir Mas dan Tanah Merah, Kelantan, 28 kes dan Kluster Jalan Padang Lallang melibatkan Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, sembilan kes.

“Satu kluster tempat kerja iaitu Kluster Hala Kampung  melibatkan Timur Laut, Barat Daya, dan Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, 23 kes,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya