Kerajaan hanya ambil RM5 bilion dari KWAN - Utusan Malaysia

Kerajaan hanya ambil RM5 bilion dari KWAN

Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hanya RM5 bilion akan diambil oleh kerajaan daripada Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) yang berjumlah RM19.5 bilion, bagi membantu mempercepatkan perolehan vaksin.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata setakat 31 Disember 2020, jumlah tabungan dalam KWAN terdiri daripada sumbangan Petronas RM10.4 bilion dan pulangan pelaburan terkumpul RM9.1 bilion.

Katanya, RM5 bilion yang diambil daripada KWAN itu adalah daripada pulangan pelaburan terkumpul dan bukan bahagian yang disumbangkan Petronas.

“Dana KWAN boleh diguna untuk perbelanjaan pembangunan selepas 10 tahun dari tarikh penubuhan 1988. Dan, ia juga boleh digunakan bagi tujuan membiayai pinjaman mudah kepada kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya